Friday 1 August 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum semua pembaca setia MamaRayyan Asyraf's blog..hehe (bajet retiss ni)

Salam Aidilfitri semua. Rasanya belum terlewat untuk ucapan hari lebaran buat semua. Moga Syawal yang tiba ini menceriakan hati dan mengeratkan ukhuwwah sesama kita dan sanak saudara.

Raya raya juga, tapi terus terang saya cakap, suasana sedikit hambar dan sedih mengenangkan keadaan saudara seislam kita di Gaza. Seawal Ramadhan lagi mereka diserang oleh Zionis Laknatullah hingga ke hari ini. Kalau nak update semua tentang mereka ni memang tak habis, dari kisah sejarah mereka hingga konflik dunia hari ini. Saya bukanlah jenis yang suka cakna isu semasa secara mendalam, tapi isu Gaza kali ini memang melampau dan buat saya tak duduk diam. GERAM! MARAH! BENCI!

Syawal mereka tak semeriah kita. Kita ada cukup segala. Mereka? Ok. Nak nangis. Tapi sungguh tangisan saya langsung tak membantu. Tak bagi kesan sesen pun. Jadi, apa boleh saya buat? Apa boleh anda semua buat?

Ayuh, mari menderma! Mari tembakkan doa yang tidak putus. Mari tunjukkan solidariti. Mari! Jangan berdiam diri dan hanya mengutuk dalam hati. Itu paling lemah, beb! Nak jadi lemah? Tak nak kan.....

Ok, ampun maaf dari saya sekeluarga andai ada salah silap. Ya, hak anda untuk bergembira namun jangan lupa pada mereka. Salam lebaran semua.

Salam sayang.
Pray4Gaza.
Jomsedekah.
Jomdoa.

Hey. Ada poster perhimpunan Sabtu ni. Ada berani?

***

Murshidah Mazlan
Kuala Terengganu.
12:15 pm.

No comments:

Post a Comment