Saturday 2 August 2014

Tips kurangkan pedih ulu hati

Bila semua pakat beraya sakan, memang akan lupa pantang larang dan tatacara makan yang bersederhana. Apa yang ada di hadapan mata, semua mahu dibedal dan dimakan sahaja.

Apa tips untuk kurangkan pedih ulu hati?

Pertama:
Makan dalam jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.

Kedua:
Elakkan makan dua hingga tiga jam sebelum tidur.

Ketiga:
Tinggikan aras kepala empat hingga enam inci ketika tidur bagi mengelakkan asid naik ke kawasan esofagus.

Keempat:
Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.

Kelima:
Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.

Keenam:
Berhenti merokok! Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan.

***
Dah tahu tips, perlulah diamalkan ya. Ingat, jangan gelojoh atau terburu-buru ketika makan. Bila dah mula sakit, rasa nak menangis pun ada. Jadi, berpada-pada lah ketika makan.

Apa yang boleh membantu anda ketika pedih ulu hati dan jika mahu tingkatkan kesihatan hati?
Anda boleh dapatkan Peppermint Ginger Plus dan DTX Complex untuk kesihatan hati yang berpanjangan. Sebarang kemusykilan boleh segera menghubungi saya di 0189028284.

Jika anda mahu mendapatkan SET KESIHATAN PENGHADAMAN, segera hubungi saya untuk konsultasi dan tempahan. Ia mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dan melegakan sembelit dan sakit perut di samping menyah toksin dari badan.

Set lain yang ada, SET BAKAR LEMAK, SET BUANG KOLESTEROL, SET KAWAL TEKANAN DARAH.

Sebarang masalah, pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 0189028284, pengedar sah Shaklee anda. Puan Murshidah Mazlan.