Sunday, 3 August 2014

Set Kesihatan Jantung Shaklee

Set Kesihatan Jantung Shaklee terdiri daripada Omega Guard, Vitamin E, Garlic dan CoQHealth. Rangkaian kesemua produk ini bertindak untuk mengurangkan kolesterol, menyokong penghasilan tenaga jantung dan membantu peredaran darah yang lancar.

Omega Guard
Kaya dengan DHA dan EPA yang dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Yang paling penting untuk kesihatan jantung, ia mampu mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah.

Vitamin E
Mengandungi vitamun E asli dari minyak sayuran. Sumber anti oksidan dan menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas. Bagi kesihatan jantung pula, ia mampu mengurangkan risiko sakit jantung.

Garlic
Sangat baik untuk kesihatan jantung kerana ia membantu peredaran darah yang lancar dan baik. Mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah. Meningkatkan sistem imunisasi badan.

CoQHealth
Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung. Supaya memastikan jantung sentiasa sihat, ia menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL. Ia juga meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.

Pastikan kesihatan jantung anda sentiasa dalam keadaan baik. Sayangi jantung kita. ♥

Berminat untuk mendapatkan Set Kesihatan Jantung hari ini? Segera pm atau sms/wassap 0189028284 (Puan Murshidah)

Jika anda ingin mendapatkan juga Phytocol-ST, boleh hubungi saya.
Konsultasi dan panduan pemakanan sihat akan diberikan kepada semua pelanggan.

Saturday, 2 August 2014

Tips kurangkan pedih ulu hati

Bila semua pakat beraya sakan, memang akan lupa pantang larang dan tatacara makan yang bersederhana. Apa yang ada di hadapan mata, semua mahu dibedal dan dimakan sahaja.

Apa tips untuk kurangkan pedih ulu hati?

Pertama:
Makan dalam jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.

Kedua:
Elakkan makan dua hingga tiga jam sebelum tidur.

Ketiga:
Tinggikan aras kepala empat hingga enam inci ketika tidur bagi mengelakkan asid naik ke kawasan esofagus.

Keempat:
Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.

Kelima:
Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.

Keenam:
Berhenti merokok! Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan.

***
Dah tahu tips, perlulah diamalkan ya. Ingat, jangan gelojoh atau terburu-buru ketika makan. Bila dah mula sakit, rasa nak menangis pun ada. Jadi, berpada-pada lah ketika makan.

Apa yang boleh membantu anda ketika pedih ulu hati dan jika mahu tingkatkan kesihatan hati?
Anda boleh dapatkan Peppermint Ginger Plus dan DTX Complex untuk kesihatan hati yang berpanjangan. Sebarang kemusykilan boleh segera menghubungi saya di 0189028284.

Jika anda mahu mendapatkan SET KESIHATAN PENGHADAMAN, segera hubungi saya untuk konsultasi dan tempahan. Ia mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dan melegakan sembelit dan sakit perut di samping menyah toksin dari badan.

Set lain yang ada, SET BAKAR LEMAK, SET BUANG KOLESTEROL, SET KAWAL TEKANAN DARAH.

Sebarang masalah, pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya di 0189028284, pengedar sah Shaklee anda. Puan Murshidah Mazlan.

Friday, 1 August 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum semua pembaca setia MamaRayyan Asyraf's blog..hehe (bajet retiss ni)

Salam Aidilfitri semua. Rasanya belum terlewat untuk ucapan hari lebaran buat semua. Moga Syawal yang tiba ini menceriakan hati dan mengeratkan ukhuwwah sesama kita dan sanak saudara.

Raya raya juga, tapi terus terang saya cakap, suasana sedikit hambar dan sedih mengenangkan keadaan saudara seislam kita di Gaza. Seawal Ramadhan lagi mereka diserang oleh Zionis Laknatullah hingga ke hari ini. Kalau nak update semua tentang mereka ni memang tak habis, dari kisah sejarah mereka hingga konflik dunia hari ini. Saya bukanlah jenis yang suka cakna isu semasa secara mendalam, tapi isu Gaza kali ini memang melampau dan buat saya tak duduk diam. GERAM! MARAH! BENCI!

Syawal mereka tak semeriah kita. Kita ada cukup segala. Mereka? Ok. Nak nangis. Tapi sungguh tangisan saya langsung tak membantu. Tak bagi kesan sesen pun. Jadi, apa boleh saya buat? Apa boleh anda semua buat?

Ayuh, mari menderma! Mari tembakkan doa yang tidak putus. Mari tunjukkan solidariti. Mari! Jangan berdiam diri dan hanya mengutuk dalam hati. Itu paling lemah, beb! Nak jadi lemah? Tak nak kan.....

Ok, ampun maaf dari saya sekeluarga andai ada salah silap. Ya, hak anda untuk bergembira namun jangan lupa pada mereka. Salam lebaran semua.

Salam sayang.
Pray4Gaza.
Jomsedekah.
Jomdoa.

Hey. Ada poster perhimpunan Sabtu ni. Ada berani?

***

Murshidah Mazlan
Kuala Terengganu.
12:15 pm.

Sunday, 27 July 2014

Apa itu kolesterol? Kenali kolesterol

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Apakah Dia Kolesterol?
Kolesterol datang dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.

Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Saranan dari Pakar
Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol

Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

Dengan Shaklee?
Anda boleh mencuba Phytocol-ST hari ini. Khas untuk mereka yang mahu merendahkan kolesterol dalam badan, sesuai untuk KAKI MAKAN!
Maklumat lanjut mengenai Phytocol-ST, hubungi 0189028284.

Mahu dapatkan Phytocol-ST secara online? Hanya pastikan anda mempunyai kad kredit atau kad debit, dan dapatkannya hari ini.

Hanya KLIK di sini: Atasi Kolesterol

Saturday, 26 July 2014

Phytocol-ST untuk 'KAKI MAKAN'

Celik mata sahaja, pelbagai makanan yang enak boleh dinikmati. Sebut sahaja apa yang diinginkan daripada nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, teh tarik dan sebagainya pasti akan tersedia. Tengah hari pula cukup mewah dengan pelbagai lauk pauk nasi campur diikuti sebelah malam hinggalah ke tengah malam.

Selagi tidak tidur, selagi itulah kita akan makan! Betapa mewah dan bertuahnya tinggal di Malaysia. Lebih menjadi-jadi seandainya kita tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur yang menyediakan restoran 24 jam.

Fenomena ini merangsang KAKI MAKAN untuk mencuba makanan di sana sini dan sukar buat mereka mengawal pemakanan. Di sebalik beruntungnya kita mampu menikmati semua ini, pernahkah kita sedar betapa banyaknya lemak dan kolesterol yang telah bertimbun di dalam tubuh?

Semasa makan pastinya semuanya lazat tapi tiada siapa pula yang sanggup menanggung kesan sampingannya. Mahu meninggalkan semua makanan sedap yang telah menjadi kelaziman pula pastinya sesuatu yang mustahil.

Buat individu sihat, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari manakala tidak lebih 200mg bagi mereka yang menghidap penyakit jantung.

Namun rata-rata masyarakat kita tidak sedar ataupun pura-pura tidak sedar bahawa mereka telah mengambil hampir tiga kali ganda jumlah yang telah disyorkan dan pastinya ia memberi laluan mudah untuk mereka mendapat pelbagai penyakit.

Antaranya meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 15.6%, angin ahmar sehingga 11% dan penyakit lain seperti penyakit hati berlemak dan pelbagai masalah ketidakseimbangan hormon yang mampu menjejaskan fungsi seksual!

Berita baik buat pencinta makanan, Shaklee baru-baru ini melancarkan suplemen Phytocol-ST yang cukup istimewa di mana ia merupakan rumusan mantap beberapa jenis fitosferol di mana fungsi utamanya adalah untuk mengawal paras kolesterol dalam tubuh.

Menurut Dr. BRUCE DAGGY, Timbalan Presiden dan Ketua Pengawai Sains Shaklee Corporation, fitosferol yang dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, minyak sayuran, legume dan bijirin.

Tambahnya lagi, kajian menunjukkan sterol tumbuhan mampu mengurangkan kolesterol dalam darah dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Ia juga sangat penting untuk menjaga fungsi normal bagi membran sel badan kita menjalankan tugasnya di dalam tubuh.

Struktur fitosferol adalah hampir sama dengan kolesterol dan dengan pengambilan fitosferol ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dan sistem penghadaman.

Hasilnya? Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkir keluar bersama-sama fitosferol. Ini bermaksud, apabila kita mengambil jumlah fitosferol yang tinggi semakin kurang pula kolesterol yang akan diserap tubuh dan semakin tinggi peluang untuk mengurangkan paras kolesterol LDL.

Berminat untuk memiliki Phytocol-ST hari ini? Hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda, Murshidah Mazlan di 0189028284.

Monday, 7 July 2014

Kenapa kolesterol yang tinggi amat berbahaya?

Kenapa kolestrol yang tinggi amat berbahaya
Kolestrol yang terkumpul kepada darah jika tidak dikawal akan membuatkan anda akan diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh.


Proses ini pula akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama kelamaan, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. Yang pasti itulah "SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya. Jika anda bernasib baik, anda selamat, jika tidak, secanggih manapun kelengkapan hospital, sudah tiada manafaatnya.

*** kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi, semuanya membawa kepada simptom-simptom serangan sakit jantung.....

Tahukah anda
90% pengidap tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan simptom/tanda . Jadi perlulah kita rajin menjalani pemeriksaan kesihatan kerana bacaan paras kolesterol/blood pressure level adalah indicator untuk anda melakukan sesuatu.

Yang pasti gaya hidup sihat bukan lagi pilihan, bahkan ia adalah satu kewajipan.

Apa yang perlu saya lakukan sekarang?

Dapatkan sebotol Phytocol-ST hari ini dan atasi masalah kolesterol anda secara semulajadi dengan fitosferol.

Penyelesaian Shaklee



Phytocol-ST
Produk terbaru yang dilancarkan oleh Shaklee.
Formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosferol setiap hari.

Keistimewaan Shaklee:

  • Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosferol.
  • membekalkan 2000mg fitosferol tumbuhan setiap hari.
  • Menepati 100% keperluan harian fitosferol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis.
Mengandungi 120 tablet. Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti disyorkan: dua tablet dua kali sehari dengan makanan.


***  ***  ***

Untuk maklumat lanjut dan tembahan, anda boleh:
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 0189028284 
Facebook Page: Phytocol ST
Shaklee ID: 918509



Puan Murshidah binti Mazlan

Saturday, 21 June 2014

Ujian Saringan Kesihatan


Saringan kesihatan ini mengambil masa hanya beberapa jam dan yang perlu dilakukan ialah membuat persediaan dengan berpuasa selama 10 jam sebelum pemeriksaan. Ini bermakna anda tidak boleh makan selepas jam 10 malam.

Bagi kebanyakan orang, saringan kesihatan dilakukan sejurus selepas diterima bekerja iaitu ketika kita berusia awal atau pertengahan 20-an. Namun apabila umur meningkat antara 35 hingga 40 tahun, saringan kesihatan perlu lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya dua tahun sekali dan setiap tahun bagi golongan berusia melebihi 50 tahun.

Menurut Perunding Gastroenterologi dan Penasihat Kesihatan Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Dr Abdul Malik Jamal Bukhari, keperluan saringan kesihatan menjadi lebih kerap jika seseorang itu menghidap penyakit tertentu bagi memastikan penyakit mereka terkawal.

Contohnya, pesakit kencing manis perlu menjalani ujian kesihatan (ujian darah) setiap tiga hingga empat bulan dan setiap enam bulan bagi individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, manakala enam hingga 12 bulan sekali bagi pesakit hepatitis B.

Apa yang diuji dalam saringan kesihatan ini? Apabila anda menjalani saringan kesihatan, beberapa perkara akan dilakukan iaitu pengambilan darah dan air kencing serta ujian tekanan.

UJIAN DARAH

Ia dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan, paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang.

a. Kiraan Darah Keseluruhan

Dalam ujian ini, tiga perkara diukur iaitu kiraan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Ujian ini penting untuk mengetahui kiraan sel darah merah (terutama hemoglobin) yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan badan.

Ia juga penting kerana ramai orang, terutama wanita yang mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah), tidak menyedarinya. Bagi individu anemia, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika mereka tidak mendapat makanan berkhasiat dan ketika haid.

Pada masa sama, kiraan sel darah putih juga dilakukan. Sel darah putih sangat penting. Ia sistem perlindungan badan untuk melawan jangkitan dan penyakit. Manakala platelet pula berfungsi membantu proses pembekuan darah.

Jika kiraan sel darah merah tinggi, bermakna seseorang itu mengalami jangkitan bakteria dan jika jumlahnya rendah, ia menandakan individu berkenaan mendapat jangkitan virus. Biasanya pesakit yang diserang demam denggi menunjukkan paras platelet yang rendah.

b. Paras gula (glukos)

Untuk ujian ini anda perlu berpuasa selama 10 jam bermula dari jam 10 malam. Paras gula dalam darah yang normal ialah kurang daripada 5.6 milimol/liter. Jika keputusan anda menunjukkan lebih 7 milimol/liter, ia menandakan anda menghidap kencing manis.

Paras antara 5.6 hingga 6.9 menunjukkan seseorang itu berisiko dan berpotensi mendapat kencing manis dalam masa terdekat jika langkah penjagaan tidak diambil segera.

Bagaimanapun, ada juga ujian glukos yang dilakukan secara rawak iaitu tidak perlu berpuasa. Untuk keadaan begini, paras yang normal ialah kurang daripada 7.8 milimol/liter dan anda dikategorikan sebagai penghidap kencing manis jika melebihi 11 milimol/liter.

c. Profil kolesterol

Ujian ini juga memerlukan anda berpuasa 10 jam. Empat perkara diukur dalam ujian ini iaitu:

# Paras kolesterol keseluruhan — mesti kurang daripada 5.2 milimol/liter. Bagaimanapun, menurut Dr Abdul Malik, ukuran ini tidak penting kerana ia mencampurkan ukuran paras kolesterol baik (HDL) dan buruk (LDL).

Jika paras HDL dan LDL sama-sama tinggi, ukuran keseluruhan kolesterol akan menjadi tinggi. Sebaliknya jika paras HDL tinggi, LDL sederhana — ia juga boleh memberi bacaan yang tinggi. Justeru, kita perlu melihat kepada pecahan ukuran kolesterol seseorang.

Paras HDL yang normal ialah lebih 1.3 milimol/liter (bagi lelaki) dan 1 milimol/liter bagi wanita.

Paras LDL pula sedikit berbeza mengikut tahap kesihatan seseorang. Bagi individu normal, paras LDL mesti kurang daripada 3.4 milimol/liter. Jika seseorang itu menghidap kencing manis, tahap LDL normal ialah kurang daripada 2.6 milimol/liter.

Jika dia menghidap kencing manis dan mempunyai masalah jantung (termasuk pernah mengalami serangan jantung, menjalani angioplasti atau pembedahan pintasan jantung), paras LDL mesti kurang daripada 1.8 milimol/liter.

Ukuran trigeliserida (kolesterol jenis minyak) yang normal pula perlu kurang daripada 1.7 milimol/liter. Untuk penentuan tahap trigliserida ini, seseorang itu perlu berpuasa kerana parasnya akan berubah menjadi tinggi jika banyak makanan makanan berlemak. Ini sebabnya kita tidak digalakkan menjalani ujian ini jika anda banyak menghadiri kenduri.

d. Ujian fungsi hati

Antara perkara yang diperhatikan dalam ujian ini ialah paras protein (albumin), bilirubin dan beberapa enzim hati seperti ALT, AST dan GGT. Paras bilirubin diukur untuk mengetahui seseorang itu mempunyai cukup ‘bahan’ untuk menghasilkan sel darah baru.

Paras enzim hati akan meningkat jika seseorang itu mengalami jangkitan virus Hepatitis A, B dan C; minum banyak minuman beralkohol, pengambilan ubat dan masalah hati berlemak.

“Masalah hati berlemak perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati. Empat faktor boleh menyebabkan masalah hati berlemak iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan berlebihan berat badan atau obesiti.

“Ia menjadi masalah di seluruh dunia, termasuk di negara kita, dengan peningkatan jumlah penduduk yang gemuk dan terlalu gemuk, termasuk di kalangan kanak-kanak.

“Masalahnya, ramai tidak menyedari kerana ia tidak mempunyai gejala. Namun kita boleh membuat andaian seseorang itu ada masalah ini jika dia gemuk atau terlalu gemuk,” kata Dr Abdul Malik.

e. Fungsi buah pinggang (Profil renal)

Ukuran elektrolit (garam galian darah) seperti sodium, potassium, klorida, kalsium dan fosfat akan diambil. Ia untuk menentukan seseorang itu mempunyai cukup garam galian dalam badan.

Ujian ini juga menguji kehadiran urea dan kreatinin untuk mengetahui fungsi penapisan yang dilakukan buah pinggang. Tahap kreatinin yang normal ialah antara 110 hingga 130 milimol/liter iaitu 110 milimol/liter bagi wanita dan 130 milimol/liter (lelaki). Seseorang itu perlu menjalani dialisis jika paras kreatinin berada antara 800 hingga 900 milimol/liter.

Jika paras kreatinin melebihi 130 milimol/liter, bermakna dua pertiga (67 peratus) fungsi buah pinggang sudah rosak. Secara semula jadi, fungsi buah pinggang merosot dengan peningkatan umur. Maknanya semakin tua, paras kreatinin bertambah.

“Kemerosotan buah pinggang adalah perkara serius kerana peningkatan paras kreatinin daripada 130 ke 800 milimol/liter boleh berlaku dalam masa singkat. Tanpa penjagaan rapi, dalam masa beberapa tahun kerosakan buah pinggang sepenuhnya boleh berlaku.

“Dua punca boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang iaitu kencing manis dan tekanan darah tinggi. Hampir 90 peratus kerosakan buah pinggang disebabkan dua penyakit ini, manakala 10 peratus lagi berpunca daripada masalah buah pinggang itu sendiri,” katanya.

UJIAN AIR KENCING

Ujian air kencing untuk menentukan penyakit kencing manis adalah sangat tidak tepat. Sebaliknya, ujian air kencing digunakan bagi mengukur tiga elemen iaitu:

a. Kehadiran protein (albumin) yang menandakan penyakit atau kerosakan buah pinggang. Kehadiran protein menunjukkan buah pinggang seseorang itu menjalani proses kerosakan yang berterusan.

b. Kehadiran darah dalam air kencing. Ia memberi petanda seseorang itu mempunyai masalah batu karang, penyakit atau kanser buah pinggang atau kanser pada saluran kencing. Kadangkala penyelidik boleh mengesan kehadiran kristal dalam air kencing yang menandakan jenis batu karang dihidapi pesakit.

c. Seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing jika air kencingnya berdasarkan kiraan sel darah merah dan nilai asid nitrik.

UJIAN TEKANAN

Ia terbahagi kepada ukuran elektrokardiogram (ECG) ketika rehat, ECG bersenam dan ujian sinar-x dada. ECG bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal. ECG bersenam dilakukan untuk mengesan jika ada berlaku kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung).

Jika keputusan tidak normal, pesakit dinasihatkan menjalani ujian lanjutan, sama ada imbasan CT atau angiogram bagi mengetahui masalah sebenar.

Manakala ujian sinar-X pula untuk melihat kehadiran penyakit pada paru-paru, jantung dan tulang rusuk. Ia juga untuk melihat ketidaknormalan bentuk dan saiz jantung; sebarang perubahan pada paru-paru, kehadiran cecair atau keradangan paru-paru.

Ujian tambahan bagi wanita

Untuk wanita, ada dua lagi ujian tambahan yang ‘wajib’ iaitu imbasan bunyi (bagi wanita di bawah 40 tahun) atau mamogram (untuk wanita melebihi 40 tahun) bagi mengesan kanser payudara. Mereka juga perlu menjalani ujian lumuran pap untuk mengesan kanser serviks.

UJIAN PENANDA KANSER

“Ketepatan ujian ini masih diperdebatkan. Bagaimanapun, ada yang tepat terutama untuk kanser usus, pankreas, hati, uterus, prostat dan ovari. Bincang dengan doktor anda sama ada ujian saringan penanda kanser ini perlu atau tidak.

“Ramai orang takut hendak menjalani saringan kesihatan, bimbang jika keputusan menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Ini anggapan yang silap kerana jika penyakit dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh jauh lebih baik kerana negara kita mempunyai sistem rawatan yang terbaik dan moden.

“Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Kos saringan kesihatan juga tidak mahal dan anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat, terutama untuk mengecap kehidupan lebih baik,” katanya.


credit to: blog anizyn