Celik mata sahaja, pelbagai makanan yang enak boleh dinikmati. Sebut sahaja apa yang diinginkan daripada nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, teh tarik dan sebagainya pasti akan tersedia. Tengah hari pula cukup mewah dengan pelbagai lauk pauk nasi campur diikuti sebelah malam hinggalah ke tengah malam.
Selagi tidak tidur, selagi itulah kita akan makan! Betapa mewah dan bertuahnya tinggal di Malaysia. Lebih menjadi-jadi seandainya kita tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur yang menyediakan restoran 24 jam.
Fenomena ini merangsang KAKI MAKAN untuk mencuba makanan di sana sini dan sukar buat mereka mengawal pemakanan. Di sebalik beruntungnya kita mampu menikmati semua ini, pernahkah kita sedar betapa banyaknya lemak dan kolesterol yang telah bertimbun di dalam tubuh?
Semasa makan pastinya semuanya lazat tapi tiada siapa pula yang sanggup menanggung kesan sampingannya. Mahu meninggalkan semua makanan sedap yang telah menjadi kelaziman pula pastinya sesuatu yang mustahil.
Buat individu sihat, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari manakala tidak lebih 200mg bagi mereka yang menghidap penyakit jantung.
Namun rata-rata masyarakat kita tidak sedar ataupun pura-pura tidak sedar bahawa mereka telah mengambil hampir tiga kali ganda jumlah yang telah disyorkan dan pastinya ia memberi laluan mudah untuk mereka mendapat pelbagai penyakit.
Antaranya meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 15.6%, angin ahmar sehingga 11% dan penyakit lain seperti penyakit hati berlemak dan pelbagai masalah ketidakseimbangan hormon yang mampu menjejaskan fungsi seksual!
Berita baik buat pencinta makanan, Shaklee baru-baru ini melancarkan suplemen Phytocol-ST yang cukup istimewa di mana ia merupakan rumusan mantap beberapa jenis fitosferol di mana fungsi utamanya adalah untuk mengawal paras kolesterol dalam tubuh.
Menurut Dr. BRUCE DAGGY, Timbalan Presiden dan Ketua Pengawai Sains Shaklee Corporation, fitosferol yang dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, minyak sayuran, legume dan bijirin.
Tambahnya lagi, kajian menunjukkan sterol tumbuhan mampu mengurangkan kolesterol dalam darah dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Ia juga sangat penting untuk menjaga fungsi normal bagi membran sel badan kita menjalankan tugasnya di dalam tubuh.
Struktur fitosferol adalah hampir sama dengan kolesterol dan dengan pengambilan fitosferol ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dan sistem penghadaman.
Hasilnya? Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkir keluar bersama-sama fitosferol. Ini bermaksud, apabila kita mengambil jumlah fitosferol yang tinggi semakin kurang pula kolesterol yang akan diserap tubuh dan semakin tinggi peluang untuk mengurangkan paras kolesterol LDL.
Berminat untuk memiliki Phytocol-ST hari ini? Hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda, Murshidah Mazlan di 0189028284.
No comments:
Post a Comment