Anda boleh mencuba Phytocol-ST hari ini. Khas untuk mereka yang mahu merendahkan kolesterol dalam badan, sesuai untuk KAKI MAKAN!
Introducing Phytocol-ST a proprietary formulation with sterols and stanols, the newly launched product from Shaklee on 7th June 2014 in Malaysia.
Sunday, 27 July 2014
Apa itu kolesterol? Kenali kolesterol
Anda boleh mencuba Phytocol-ST hari ini. Khas untuk mereka yang mahu merendahkan kolesterol dalam badan, sesuai untuk KAKI MAKAN!
Saturday, 26 July 2014
Phytocol-ST untuk 'KAKI MAKAN'
Celik mata sahaja, pelbagai makanan yang enak boleh dinikmati. Sebut sahaja apa yang diinginkan daripada nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, teh tarik dan sebagainya pasti akan tersedia. Tengah hari pula cukup mewah dengan pelbagai lauk pauk nasi campur diikuti sebelah malam hinggalah ke tengah malam.
Selagi tidak tidur, selagi itulah kita akan makan! Betapa mewah dan bertuahnya tinggal di Malaysia. Lebih menjadi-jadi seandainya kita tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur yang menyediakan restoran 24 jam.
Fenomena ini merangsang KAKI MAKAN untuk mencuba makanan di sana sini dan sukar buat mereka mengawal pemakanan. Di sebalik beruntungnya kita mampu menikmati semua ini, pernahkah kita sedar betapa banyaknya lemak dan kolesterol yang telah bertimbun di dalam tubuh?
Semasa makan pastinya semuanya lazat tapi tiada siapa pula yang sanggup menanggung kesan sampingannya. Mahu meninggalkan semua makanan sedap yang telah menjadi kelaziman pula pastinya sesuatu yang mustahil.
Buat individu sihat, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari manakala tidak lebih 200mg bagi mereka yang menghidap penyakit jantung.
Namun rata-rata masyarakat kita tidak sedar ataupun pura-pura tidak sedar bahawa mereka telah mengambil hampir tiga kali ganda jumlah yang telah disyorkan dan pastinya ia memberi laluan mudah untuk mereka mendapat pelbagai penyakit.
Antaranya meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 15.6%, angin ahmar sehingga 11% dan penyakit lain seperti penyakit hati berlemak dan pelbagai masalah ketidakseimbangan hormon yang mampu menjejaskan fungsi seksual!
Berita baik buat pencinta makanan, Shaklee baru-baru ini melancarkan suplemen Phytocol-ST yang cukup istimewa di mana ia merupakan rumusan mantap beberapa jenis fitosferol di mana fungsi utamanya adalah untuk mengawal paras kolesterol dalam tubuh.
Menurut Dr. BRUCE DAGGY, Timbalan Presiden dan Ketua Pengawai Sains Shaklee Corporation, fitosferol yang dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, minyak sayuran, legume dan bijirin.
Tambahnya lagi, kajian menunjukkan sterol tumbuhan mampu mengurangkan kolesterol dalam darah dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Ia juga sangat penting untuk menjaga fungsi normal bagi membran sel badan kita menjalankan tugasnya di dalam tubuh.
Struktur fitosferol adalah hampir sama dengan kolesterol dan dengan pengambilan fitosferol ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dan sistem penghadaman.
Hasilnya? Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkir keluar bersama-sama fitosferol. Ini bermaksud, apabila kita mengambil jumlah fitosferol yang tinggi semakin kurang pula kolesterol yang akan diserap tubuh dan semakin tinggi peluang untuk mengurangkan paras kolesterol LDL.
Berminat untuk memiliki Phytocol-ST hari ini? Hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda, Murshidah Mazlan di 0189028284.
Monday, 7 July 2014
Kenapa kolesterol yang tinggi amat berbahaya?
Kolestrol yang terkumpul kepada darah jika tidak dikawal akan membuatkan anda akan diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh.
*** kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi, semuanya membawa kepada simptom-simptom serangan sakit jantung.....
Tahukah anda 90% pengidap tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan simptom/tanda . Jadi perlulah kita rajin menjalani pemeriksaan kesihatan kerana bacaan paras kolesterol/blood pressure level adalah indicator untuk anda melakukan sesuatu.
- Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosferol.
- membekalkan 2000mg fitosferol tumbuhan setiap hari.
- Menepati 100% keperluan harian fitosferol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
- Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis.
*** *** ***
Untuk maklumat lanjut dan tembahan, anda boleh:
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 0189028284
Facebook Page: Phytocol ST
Shaklee ID: 918509
Saturday, 21 June 2014
Ujian Saringan Kesihatan
Bagi kebanyakan orang, saringan kesihatan dilakukan sejurus selepas diterima bekerja iaitu ketika kita berusia awal atau pertengahan 20-an. Namun apabila umur meningkat antara 35 hingga 40 tahun, saringan kesihatan perlu lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya dua tahun sekali dan setiap tahun bagi golongan berusia melebihi 50 tahun.
Menurut Perunding Gastroenterologi dan Penasihat Kesihatan Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Dr Abdul Malik Jamal Bukhari, keperluan saringan kesihatan menjadi lebih kerap jika seseorang itu menghidap penyakit tertentu bagi memastikan penyakit mereka terkawal.
Contohnya, pesakit kencing manis perlu menjalani ujian kesihatan (ujian darah) setiap tiga hingga empat bulan dan setiap enam bulan bagi individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, manakala enam hingga 12 bulan sekali bagi pesakit hepatitis B.
Apa yang diuji dalam saringan kesihatan ini? Apabila anda menjalani saringan kesihatan, beberapa perkara akan dilakukan iaitu pengambilan darah dan air kencing serta ujian tekanan.
UJIAN DARAH
Ia dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan, paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang.
a. Kiraan Darah Keseluruhan
Dalam ujian ini, tiga perkara diukur iaitu kiraan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Ujian ini penting untuk mengetahui kiraan sel darah merah (terutama hemoglobin) yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan badan.
Ia juga penting kerana ramai orang, terutama wanita yang mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah), tidak menyedarinya. Bagi individu anemia, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika mereka tidak mendapat makanan berkhasiat dan ketika haid.
Pada masa sama, kiraan sel darah putih juga dilakukan. Sel darah putih sangat penting. Ia sistem perlindungan badan untuk melawan jangkitan dan penyakit. Manakala platelet pula berfungsi membantu proses pembekuan darah.
Jika kiraan sel darah merah tinggi, bermakna seseorang itu mengalami jangkitan bakteria dan jika jumlahnya rendah, ia menandakan individu berkenaan mendapat jangkitan virus. Biasanya pesakit yang diserang demam denggi menunjukkan paras platelet yang rendah.
b. Paras gula (glukos)
Untuk ujian ini anda perlu berpuasa selama 10 jam bermula dari jam 10 malam. Paras gula dalam darah yang normal ialah kurang daripada 5.6 milimol/liter. Jika keputusan anda menunjukkan lebih 7 milimol/liter, ia menandakan anda menghidap kencing manis.
Paras antara 5.6 hingga 6.9 menunjukkan seseorang itu berisiko dan berpotensi mendapat kencing manis dalam masa terdekat jika langkah penjagaan tidak diambil segera.
Bagaimanapun, ada juga ujian glukos yang dilakukan secara rawak iaitu tidak perlu berpuasa. Untuk keadaan begini, paras yang normal ialah kurang daripada 7.8 milimol/liter dan anda dikategorikan sebagai penghidap kencing manis jika melebihi 11 milimol/liter.
c. Profil kolesterol
Ujian ini juga memerlukan anda berpuasa 10 jam. Empat perkara diukur dalam ujian ini iaitu:
# Paras kolesterol keseluruhan — mesti kurang daripada 5.2 milimol/liter. Bagaimanapun, menurut Dr Abdul Malik, ukuran ini tidak penting kerana ia mencampurkan ukuran paras kolesterol baik (HDL) dan buruk (LDL).
Jika paras HDL dan LDL sama-sama tinggi, ukuran keseluruhan kolesterol akan menjadi tinggi. Sebaliknya jika paras HDL tinggi, LDL sederhana — ia juga boleh memberi bacaan yang tinggi. Justeru, kita perlu melihat kepada pecahan ukuran kolesterol seseorang.
Paras HDL yang normal ialah lebih 1.3 milimol/liter (bagi lelaki) dan 1 milimol/liter bagi wanita.
Paras LDL pula sedikit berbeza mengikut tahap kesihatan seseorang. Bagi individu normal, paras LDL mesti kurang daripada 3.4 milimol/liter. Jika seseorang itu menghidap kencing manis, tahap LDL normal ialah kurang daripada 2.6 milimol/liter.
Jika dia menghidap kencing manis dan mempunyai masalah jantung (termasuk pernah mengalami serangan jantung, menjalani angioplasti atau pembedahan pintasan jantung), paras LDL mesti kurang daripada 1.8 milimol/liter.
Ukuran trigeliserida (kolesterol jenis minyak) yang normal pula perlu kurang daripada 1.7 milimol/liter. Untuk penentuan tahap trigliserida ini, seseorang itu perlu berpuasa kerana parasnya akan berubah menjadi tinggi jika banyak makanan makanan berlemak. Ini sebabnya kita tidak digalakkan menjalani ujian ini jika anda banyak menghadiri kenduri.
d. Ujian fungsi hati
Antara perkara yang diperhatikan dalam ujian ini ialah paras protein (albumin), bilirubin dan beberapa enzim hati seperti ALT, AST dan GGT. Paras bilirubin diukur untuk mengetahui seseorang itu mempunyai cukup ‘bahan’ untuk menghasilkan sel darah baru.
Paras enzim hati akan meningkat jika seseorang itu mengalami jangkitan virus Hepatitis A, B dan C; minum banyak minuman beralkohol, pengambilan ubat dan masalah hati berlemak.
“Masalah hati berlemak perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati. Empat faktor boleh menyebabkan masalah hati berlemak iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan berlebihan berat badan atau obesiti.
“Ia menjadi masalah di seluruh dunia, termasuk di negara kita, dengan peningkatan jumlah penduduk yang gemuk dan terlalu gemuk, termasuk di kalangan kanak-kanak.
“Masalahnya, ramai tidak menyedari kerana ia tidak mempunyai gejala. Namun kita boleh membuat andaian seseorang itu ada masalah ini jika dia gemuk atau terlalu gemuk,” kata Dr Abdul Malik.
e. Fungsi buah pinggang (Profil renal)
Ukuran elektrolit (garam galian darah) seperti sodium, potassium, klorida, kalsium dan fosfat akan diambil. Ia untuk menentukan seseorang itu mempunyai cukup garam galian dalam badan.
Ujian ini juga menguji kehadiran urea dan kreatinin untuk mengetahui fungsi penapisan yang dilakukan buah pinggang. Tahap kreatinin yang normal ialah antara 110 hingga 130 milimol/liter iaitu 110 milimol/liter bagi wanita dan 130 milimol/liter (lelaki). Seseorang itu perlu menjalani dialisis jika paras kreatinin berada antara 800 hingga 900 milimol/liter.
Jika paras kreatinin melebihi 130 milimol/liter, bermakna dua pertiga (67 peratus) fungsi buah pinggang sudah rosak. Secara semula jadi, fungsi buah pinggang merosot dengan peningkatan umur. Maknanya semakin tua, paras kreatinin bertambah.
“Kemerosotan buah pinggang adalah perkara serius kerana peningkatan paras kreatinin daripada 130 ke 800 milimol/liter boleh berlaku dalam masa singkat. Tanpa penjagaan rapi, dalam masa beberapa tahun kerosakan buah pinggang sepenuhnya boleh berlaku.
“Dua punca boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang iaitu kencing manis dan tekanan darah tinggi. Hampir 90 peratus kerosakan buah pinggang disebabkan dua penyakit ini, manakala 10 peratus lagi berpunca daripada masalah buah pinggang itu sendiri,” katanya.
UJIAN AIR KENCING
Ujian air kencing untuk menentukan penyakit kencing manis adalah sangat tidak tepat. Sebaliknya, ujian air kencing digunakan bagi mengukur tiga elemen iaitu:
a. Kehadiran protein (albumin) yang menandakan penyakit atau kerosakan buah pinggang. Kehadiran protein menunjukkan buah pinggang seseorang itu menjalani proses kerosakan yang berterusan.
b. Kehadiran darah dalam air kencing. Ia memberi petanda seseorang itu mempunyai masalah batu karang, penyakit atau kanser buah pinggang atau kanser pada saluran kencing. Kadangkala penyelidik boleh mengesan kehadiran kristal dalam air kencing yang menandakan jenis batu karang dihidapi pesakit.
c. Seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing jika air kencingnya berdasarkan kiraan sel darah merah dan nilai asid nitrik.
UJIAN TEKANAN
Ia terbahagi kepada ukuran elektrokardiogram (ECG) ketika rehat, ECG bersenam dan ujian sinar-x dada. ECG bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal. ECG bersenam dilakukan untuk mengesan jika ada berlaku kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung).
Jika keputusan tidak normal, pesakit dinasihatkan menjalani ujian lanjutan, sama ada imbasan CT atau angiogram bagi mengetahui masalah sebenar.
Manakala ujian sinar-X pula untuk melihat kehadiran penyakit pada paru-paru, jantung dan tulang rusuk. Ia juga untuk melihat ketidaknormalan bentuk dan saiz jantung; sebarang perubahan pada paru-paru, kehadiran cecair atau keradangan paru-paru.
Ujian tambahan bagi wanita
Untuk wanita, ada dua lagi ujian tambahan yang ‘wajib’ iaitu imbasan bunyi (bagi wanita di bawah 40 tahun) atau mamogram (untuk wanita melebihi 40 tahun) bagi mengesan kanser payudara. Mereka juga perlu menjalani ujian lumuran pap untuk mengesan kanser serviks.
UJIAN PENANDA KANSER
“Ketepatan ujian ini masih diperdebatkan. Bagaimanapun, ada yang tepat terutama untuk kanser usus, pankreas, hati, uterus, prostat dan ovari. Bincang dengan doktor anda sama ada ujian saringan penanda kanser ini perlu atau tidak.
“Ramai orang takut hendak menjalani saringan kesihatan, bimbang jika keputusan menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Ini anggapan yang silap kerana jika penyakit dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh jauh lebih baik kerana negara kita mempunyai sistem rawatan yang terbaik dan moden.
“Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Kos saringan kesihatan juga tidak mahal dan anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat, terutama untuk mengecap kehidupan lebih baik,” katanya.
credit to: blog anizyn
Friday, 20 June 2014
Cara membaca bacaan pada ujian kolesterol anda
Ujian Kolesterol ini biasanya di panggil Lipid Studies.
Pakar kesihatan menyarankan lelaki yang berumur 35 tahun ke atas dan wanita berumur 45 tahun ke atas lebih kerap memeriksa tahap kolesterol dalam darah.
Profil lipoprotein ini merangkumi
- LDL (low-density lipoprotein cholesterol), Kolesterol tidak baik
- HDL (high-density lipoprotein cholesterol,)Kolesterol baik
- Trigliserida (lemak yang dibawa dalam darah hasil makanan yang kita makan.Lebihan kalori,alkohol,gula akan ditukar kepada triglesirida dan disimpan di dalam tisu lemak di dalam badan)
*** cth bacaan lipid profail
LDL
LDL boleh terkumpul di sepanjang dinding arteri dan meninggikan risiko penyakit jantung. Sebab itu LDL digelar sebagai kolesterol jahat. LDL rendah bermakna risiko penyakit jantung rendah. Unit ukuran dalam mg/dl dan juga mmol/LJadual di bawah menunjukkan kandungan LDL dan maksudnya.
| Paras LDL (mg/dl) |
Status |
| kurang dari 100 | Optimal |
| 100 -- 129 | mendekati optimal/menjauhi optimal |
| 130 -- 159 | hampir tinggi |
| 160 -- 189 | Tinggi |
| 190 and above | Sangat Tinggi |
dlm cth di atas bacaan pesakit ini adalah 155 mg/dl @ 4.0 mmol/L menurut carta di atas pesakit ini berada dalam kedudukan hampir tinggi dan berisiko menerima sakit jantung.
Menurut pandangan pakar kesihatan, paras LDL untuk pesakit jantung atau penyakit salur darah harus berusaha untuk merendahkan paras LDL di bawah 70 mg/dl. Untuk yang mengidap kencing manis atau penyakit yang berisiko kepada sakit jantung adalah merendahkan paras LDL di bawah 100 mg/dl.
HDL
HDL atau Kolesterol baik , lebih tinggi bacaan HDL akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini kerana HDL adalah pelindung yang bertanggungjawab mengeluarkan kolesterol jahat dalam darah dan mengelakkan HDL terkumpul di arteri.Unit ukuran adalah mg/dl dan mmol/LJadual di bawah menunjukkan kandungan HDL dan maksudnya.
| Paras HDL |
Status |
| 60 dan ke atas | Tinggi,Kurang Risiko penyakit jantung |
| Lelaki 40 dan kebawah , wanita 50 dan ke bawah | Rendah, berisiko untuk penyakit jantung |
Dalam contoh di atas bacaan HDL pesakit ini adalah 39 mg/dl atau 1.0 mmol/L dan berisiko penyakit jantung.
Trigliserida
Trigliserida adalah bentuk kimia di mana lemak wujud di dalam makanan dan badan.Paras Trigliserida yang tinggi meninggikan risiko sakit arteri koronari . Unit ukuran adalah mg/dl dan mmol/L
Jadual di bawah menunjukkan kandungan TG dan maksudnya.
| Paras Trigliserida | Status |
| Kurang dari 150 | Normal |
| 150 -- 199 | Pertengahan tinggi |
| 200 -- 499 | Tinggi |
| 500 ke atas | Sangat Tinggi |
Dalam contoh di atas bacaan pesakit adalah 123 mg/l atau 1.4 mmol/L, masih dalam paras normal dan kurang risiko untuk menerima sakit arteri koronari.
Jumlah kolesterol darah
Jumlah kolesterol anda gabungan LDL,HDL dan beberapa komponen lipid yang lain.Pakar perubatan mencadangkan paras selamat adalah di bawah 200 mg/dlJadual di bawah menunjukkan kandungan Jumlah Kolesterol dan maksudnya.
Dalam contoh di bawah bacaan Jumlah kolesterol adalah 22oml/dl atau 5.7 mmol/L, bacaan ini adalah tinggi sedikit dan melebihi paras selamat yang dicadangkan oleh doktor.
| Jumlah Kolesterol |
Status |
| Kurang dari 200 | Baik |
| 200 -- 239 | Tinggi Sedikit |
| 240 dan keatas | Tinggi |
Thursday, 19 June 2014
TOP 10 SINFUL MALAYSIAN FOODS TO EAT
SIMPLE. JUST FOLLOW THE ADVICE FROM NUTRITIONIST AND EAT ONLY HEALTHY FOOD.
SO THAT YOU WON'T BE SINFUL ANYMORE XD
Oh my.. YUMMY FOOD IS NOT SINFUL~ LOL
I EAT WHAT I WANT BUT I HAVE MY OMEGA GUARD ALONG IN MY BAG ALTOGETHER WITH MY PHYTOCOL. HOW ABOUT YOU?
If I keep doing this tempted sinful thing, what should I do?
:)
Aha...
The Shaklee Difference:
- Made with a blend of phytosterols.
- Delivers 2,000 mg of plant phytosterols daily.
- Delivers daily 100% of the National Institute of Health (NIH) recommendation for phytosterols.
- No added preservatives, colours, flavours or sweeteners.
*** *** ***
For further inquiries and order, you can:
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 0189028284
Facebook Page: Phytocol ST
Shaklee ID: 918509
Mrs Murshidah binti Mazlan
Wednesday, 18 June 2014
Peringkat perkembangan Darah Tinggi
Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap
Apabila kandungan air di dalam
darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan
darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel
darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang
pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk
pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin
tinggi.
|
Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat
dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien
ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan
oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk.
Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih
daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya
pada waktu petang.
|
Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan LamaTidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda. |
Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau MigrainIni merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat. |
Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur
Kapilari yang terdapat pada mata
adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel
mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin
buta.
|
Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang menjadi semakin
lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu
menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu
berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada
ubat-ubat yang anda makan itu.
|
Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir...Strok & Serangan Sakit Jantung
Apa yang
paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh
serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia
menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...
Aha.. takkan selepas sampai ke peringkat ke-7 baru mahu berkenalan dengan Phytocol-ST kan.. Apa yang perlu saya lakukan sekarang?
Dapatkan sebotol Phytocol-ST hari ini dan atasi masalah kolesterol anda secara semulajadi dengan fitosferol.
Penyelesaian Shaklee
Phytocol-ST
Produk terbaru yang dilancarkan oleh Shaklee.
Formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosferol setiap hari.
*** *** *** Untuk maklumat lanjut dan tembahan, anda boleh: CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 0189028284 Facebook Page: Phytocol ST Shaklee ID: 918509
Puan Murshidah binti Mazlan
|





